Custom Search
SAYA BERHENTI BERJALAN SEJENAK DI BERANDA RUMAH IBU

14 August, 2008

ASAL-USUL ORANG BATAK

Pertanyaan itu sering muncul di hati saya. Dari mana awal muasal orang batak?
Saya selama ini mempunyai hipotesis yang mungkin. Hanya ada dua daerah asal masuk ke wilayah Selatan Sumatera Utara. Pantai Barat dan Sungai Barumun. Terbukti dengan adanya candi Portibi.

ASAL USUL ORANG BATAK

Jauh beratus tahun dahulu sekitar abad keenam orang-orang India Selatan dan India Tengah telah diusir keluar oleh penakluk berbangsa Aryan yang gagah perkasa. Mereka berhijrah melintasi Gunung Himalaya ke Burma dan kemudiannya turun ke Semenanjung Tanah Melayu dan akhirnya setelah melintasi Selat Melaka mereka mendirikan penempatan di sekitar Batang Pane, Daerah Labuhan Batu. Kerajaan mereka dinamakan Munda Holing iaitu Kerajaan Keling dari Munda.

Kerajaan ini berkembang dengan jayanya sehingga dapat meluaskan tanah jajahannya ke seluruh tepian pantai Selat Melaka hingga ke Singgora/ Patani. Mereka telah mendirikan sebuah candi yang sangat indah dan besar yang kini dinamakan Candi Portibi. Kerajaan ini juga dikenali sebagai Kerajaan Portibi.

Di abad kesembilan, kerajaan yang telah masyur ini mendapat perhatian Kerajaan India Selatan. Perluasan empayarnya telah membimbangkan Maharaja Rajenderasola dari India Selatan. Akhirnya Maharaja Rajenderasola telah menyerang Kerajaan Portibi pada awal abad kesembilan.

Alkisah, mengikut ceritanya sewaktu Maharaja Rajenderasola menyerang Kerajaan Portibi itu Baginda telah ditentang oleh seorang putera Munda Holing bernama Raja Odap-Odap. Peperangan yang berlarutan itu memakan masa lebih kurang tujuh tahun sehinggalah Maharaja Rajenderasola beroleh kemenangan. Raja Odap-Odap yang tewas telah berkelana di Padang Lawas tanpa tentu arah tujuannya.

Hatta, kisah kerajaan Portibi pula semasa berlaku peperangan dengan Maharaja Rajenderasola, tunang kepada Raja Odap-Odap bernama Boru Deakparujar telah mendapat alamat supaya segera meninggalkan Kerajaan Portibi lantaran Dewata Raya sudah tidak lagi menyebelahi mereka. Lalu Puteri Deakparujar itu pun mengumpulkan pengikutnya serta menggenggam tanah Portibi dan berangkatlah menuju matahari naik. Mereka terpaksa mendaki sebuah gunung yang tinggi yang dinamakan oleh mereka Dolok Malea sempena nama Himalaya yang telah dilintasi oleh nenek moyang mereka di abad yang keenam.

Akhirnya setelah menuruni Dolok Malea mereka telah sampai di satu kawasan yang pamah tetapi dikelilingi oleh bukit bukau. Mereka telah mendirikan penempatan yang baru untuk orang-orang Munda Holing tersebut. Penempatan tersebut dipanggil Pidoli yang kini terbahagi kepada Pidoli Dolok dan Pidoli Lombang. Puteri Deakparujar diangkat memerintah Kerajaan Mandala Holing iaitu kawasan orang-orang Keling.

Kerajaan ini telah tegak dengan jayanya dan sekali lagi berkembang maju. Segala dagang senteri mula singgah dan berniaga di negeri tersebut hingga ianya termasyur ke mana mana.

Tersebut pula akan kisah tunangan Boru Deakparujar yang telah berkelana di Padang Lawas, akhirnya Raja Odap-Odap pun sampailah di Pidoli yang diperintah oleh Boru Deakparujar. Dalam keadaannya cumpang camping itu tidak seorang pun anak negeri yang kenal akan raja mereka tersebut. Lagipun tempoh perpisahan yang begitu lama selama tujuh belas tahun tentulah masing-masing sudah berubah. Raja Odap-Odap pun dibawa masuk mengadap Puteri Deakparujar untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidupnya. Adat dahulu kala apabila rakyat mengadap raja, ianya hendaklah merangkak kehadapan singgahsana lalu sujud di kaki raja tersebut. Keadaannya yang cumpang camping dengan pakaian kulit binatang yang masih belum dibuang ekornya itu mmberikan gambaran yang Raja Odap-Odap itu keadaannya seperti cicak yang merangkak. Maka itu hingga ke hari ini di setiap rumah adat orang-orang Batak akan kelihatan gambar cicak sebagai simbol pertemuan Raja Odap-Odap dengan tunangannya Boru Deakparujar di Pidoli.

Raja Odap-Odap diambil bekerja di kandang kuda Puteri Deakparujar kerana kecekapannya memelihara kuda. Pada suatu hari Puteri Deakparujar telah dihadiahkan seekor kuda jantan yang sangat garang hingga tiada sesiapapun yang dapat menjinakkannya sedangkan Puteri tersebut kepingin untuk menunggangnya.Setelah banyak gembala kuda mencuba untuk menjinakkannya tetapi semuanya gagal juga. Maka pada suatu hari Raja Odap-Odap pun diminta oleh Tuan Puteri supaya menjinakkan kuda tersebut.

Bagitu Raja Odap-Odap menghampiri kuda tersebut ianya menundukkan kepalanya setelah diusap-usap kepalanya. Raja Odap-Odap pun menunggang kuda tersebut dengan baiknya. Semua yang hadir kehairanan dan tercengang-cengang.

Memandangkan Raja Odap-Odap telah berjaya menjinakkan kuda liar tersebut Puteri Deakparujar pun sangat gembira lalu dipersalinkannya Raja Odap-Odap dengan pakaian yang baik-baik setelah selesai disintuk, berlangir dan mandai. Begitu siap dipersalinkan maka dibawalah mengadap Tuan Puteri. Alangkah terkejutnya Tuan Puteri apabila melihat wajah Raja Odap-Odap yang mirip wajah tunangannya. Hampir sahaja Tuan Puteri pengsan jika tidak cepat disambut oleh dayang-dayangnya.

Mengikut adat hamba tidak dibenarkan menatap wajah raja maka keadaan tersebut tidak diketahui oleh Raja Odap-Odap, hinggalah Tuan Puteri memintanya mengangkat mukanya menatap wajah Baginda. Kedua-duanya amat terperanjat dan terpinga-pinga kerana tidak disangka mereka akan bertemu dalam keadaan sedemikian rupa. Apabila kedua-duanya telah kenal antara satu sama lain lalu bertangisanlah mereka. Gemparlah seluruh istana di Pidoli menyatakan bahawa gembala kuda raja itu sebenarnya adalah putera Munda Holing yang hilang sekian lama.

Keaadaan sedih menjadi gembira, lalu kedua anak raja itu pun dikahwinkan dengan acara yang paling meriah selama empat puluh hari empat puluh malam. Kedua-duanya pun memeintahlah Kerajaan Mandala Holing di Pidoli tersebut. Namun begitu barang yang telah ditetapkan oleh Puteri Deakparujar tidak pernah dihalang oleh Raja Odap-Odap, begitulah hormatnya baginda akan tuan puteri yang merupakan tuan rumahnya.

ASAL BATAK

Keturunan keenam dari Boru Deakparujar dan Raja Odap-Odap, salah satu darinya bernama Datu Dandana Debata. Dia adalah seorang yang banyak saktinya dan menjadi Datu/Pawang di istana raja pada masa itu. Anaknya adalah keturunan ketujuh dari Boru Deakparujar bernama RAJA BATAK. Beliau juga seperti ayahnya sangat handal dan tinggi ilmu batinnya.

Oleh kerana masyarakat Mandala Holing berasal dari India yang mengamalkan sistem kasta maka itu keturunan raja adalah dilarang bercampur darahnya dengan darah hamba. Pantangan ini sangat keras pada masa itu.

Ditakdirkan oleh Dewata Raya, ketua bagi segala hatoban iaitu Datu Ompung Dolom yang duduk di Sopo Godang tetapi tidak boleh bersuara kecuali menerima kerja, mempunyai seorang puteri yang sangat jelita.

Walaupun telah ditegah tetapi Raja Batak tetap dengan pendiriannya untuk menggauli anak Datu Ompung Dolom tersebut, hinggakan mengandung. Apabila berita tersebut diketahui oleh Raja maka perintah menangkap Raja Batak pun dikeluarkan. Namaun begitu tidak ada seorang pun yang dapat menangkap Raja Batak yang sakti itu, malah ramailah panglima yang terkorban di dalam usaha mereka untuk menangkap Raja Batak tersebut.

Setelah habislah ikhtiar untuk menangkap Raja Batak maka Datu Dandana Debata pun dipanggil raja untuk mencuci arang di muka. Apabila raja bersungguh-sungguh meminta supaya Raja Batak dibuang maka sembah Datu Dandana Debata kepada Baginda:

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun, akan Raja Batak itu tidak akan ada sesiapapun yang boleh membunuhnya. Telah patik turunkan segala ilmu dan muslihat peperangan kepadanya. Lagipun tidak boleh kita menitiskan darah raja di tano handur, tano malambut, tano lulambu jati, tano padang bakkil Mandailing, tano si ogung-ogung. Sian i ma dalan tu ginjang, partuatan ni omputa, Debata na tolu suhut, na tolu sulu, na opat harajaon, tu banua tonga on......"

Raja pun terdiam, lalu berjanji tidak akan membunuh Raja Batak atau menitiskan darahnya. Setelah menerima pengakuan bahawa anaknya tidak akan dibunuh atau dicederakan maka Datu Dandana Debata pun menyuruh orang membuat jala tiga warna iaitu warna putih, merah dan hitam yang menjadi warna adat dan keramat sehingga hari ini. Apabila jala tiga warna itu siap Datu Dandana Debata pun naik ke atas bumbung rumah anaknya lalu diminta orang memanggil Raja Batak keluar bermain senjata di halaman rumah. Begitu Raja Batak keluar ke halaman rumah ayahnya pun menebarkan jala tiga warna lalu terperangkaplah Raja Batak dan gugurlah segala kesaktiannya.

Sejak itulah maka semua Bagas Godang/ Istana Raja di Mandailing dilentik naik hujung atap rumahnya, agar tidak ada orang yang boleh menebarkan jala dari atas bumbungnya.

SUMPAHAN KE ATAS RAJA BATAK

Apabila Raja Batak dihadapkan di dalam sidang adat maka ia telah dihukum buang daerah bersama seluruh keturunan Datu Ompung Dolom. Pada hari tersebut lalu disebutlah:

"Hee....kamu Siraja Batak nyah/ pergilah kamu dari Tanah Mandailing ini sebagai orang yang hina, orang yang tidak tahu adat, orang yang degil/bendal dan orang yang kasar serta rendah martabatnya.....Kamu diusir ke sebuah pulau yang terletak di atas gunung yang dikelilingi oleh air di tanah gersang yang tiada tumbuh-tumbuhan yang subur yang terpencil dari penglihatan manusia dan binatang....Barang ada keturunanmu hendaklah ia memulakan namanya dengan panggilan Si.....sebagai orang yang hina dari martabat yang rendah.....Tidak boleh di antara kamu memakai perhiasan dari logam kecuali daripada manik tandanya kamu dari keturunan orang yang terbuang....Tidak boleh kamu meninggalkan pulau tersebut selama tujuh keturunan kamu, jika ada yang kemudiannya mendirikan kampung di tanah besar nanti, hendaklah dikelilingi oleh rumpun bambu supaya jelas bahawa kamu adalah dari keturunan yang hina...."

Begitulah kira-kiranya sumpahan ke atas Siraja Batak dan keturunannya selama tujuh generasi. Mereka telah dipisahkan dari pandangan manusia dan binatang, selama tujuh keturunan kerana kesalahan menentang adat dan raja.

Oleh kerana Siraja Batak dibuang bersama seluruh anggota keluarga Datu Ompung Dolom yang merupakan ketua segala hamba maka itu kita dapati dari segi fizikal terdapat perbedaan yang sangat ketara antara Mandailing dan Batak.

Orang-orang Batak biasanya pendek-pendek, rambut kerinting dan kepalanya benjol ke belakang.

Orang Mandailing asli agak tinggi dan tegap, rambutnya ikal mayang, kulit putih kemerah-merahan atau putih kuning.

Walaupun asal usul orang Batak itu dari Tanah Mandailing tapi kedudukan mereka sebenarnya adalah keturunan Datu Ompung Dolom yang merupakan kasta rendah yang menjadi hamba di Mandala Holing iaitu Pidoli kecuali Siraja Batak itu sahajalah elemen Mandailing yang asli.

Oleh yang demikian jelaslah Mandailing itu bukanlah BATAK walaupun BATAK itu asalnya dari Tanah Mandailing.

Siraja Batak itu keturunan ketujuh kepada Boru Deakparujar lalu dibuang dan disumpah untuk tujuh keturunan maka itu orang Batak sentiasa berpegang kepada angka tujuh sebagai angka sakti dan keramat sedangkan orang Mandailing menganggap angka sembilan sebagai angka raja.

SEKITAR BATAK DAN MANDAILING

Banyak telah diperkatakan oleh berbagai orang mengenai Batak dan Mandailing. Umpamanya Batak Mandailing. Batak itu terbahagi kepada lima kumpulan iaitu Batak Toba, Batak Karo, Batak Simalungun, Batak Mandailing dan Batak Pakpak.

Andaian seperti ini telah mengelirukan ramai orang. Ada pula mengatakan bahawa Mandailing itu asalnya dari Toba turun ke Mandailing.

Logiknya semua tamadun tidak pernah wujud dari gunung lalu turun ke lembah. Biasanya tamadun itu bermula dari kuala sungai dan naik ke lembah lalu ke gunung. Kawasan lembah adalah sumber bagi segala kehidupan sama ada di darat, di sungai ataupun dilaut.

Perhubungan juga adalah melalui muara sungai ke laut. Mereka yang mendiami dataran tinggi atau gunung adalah terdiri daripada orang yang kalah perang ataupun orang yang diusir dari masyarakat adat yang bertamadun.

Di abad ketigabelas hikayak Jawa ada mencatitkan mengenai serangan tentera Majapahit ke atas Lamuri dan Mandailing tetapi nama Batak tidak tercatit samasekali. Jelaslah bahawa Mandailing itu sudah jauh bertapak dan diketahui pada masa itu.

Tonggo-tonggo Siboru Deakparujar masih dibacakan di dalam setiap upacara kecil atau besar orang-orang Batak. Di sana ia menyatakan bahawa jalan ke kayangan dan tempat temasya nenek moyang orang Batak adalah di Mandailing. Bukankah ertinya mereka mengakui bahawa asal usul mereka orang Batak datang dari Tanah Mandailing? Maka itu Mandailing itu lebih awal dan lebih dahulu ada sebelum adanya orang Batak. Bagaimana pula akhir ini Mandailing pula menjadi Batak?

Peranan orang Batak mulai tampil kehadapan apabila mereka memeluki agama Kristian di zaman penjajahan Belanda di Indonesia. Oleh kerana mereka beragama Kristian sedangkan orang Mandailing majoritinya beragama Islam maka orang-orang Batak telah diberikan tempat istimewa dalam pentadbiran kerajaan Belanda di Indonesia. Lama kelamaan mereka menguasai sebahagian besar teraju pentadbiran lalu menjadi terkenal. Atas dasar tersebutlah maka kedudukan orang Batak menjadi kukuh dan dominan lalu suku kaum Mandailing yang satu ketika merupakan bangsa yang tamadun dan tinggi martabatnya tenggelam begitu sahaja.

Pengaruh Islam yang kuat di kalangan orang Mandailing juga telah melenyapkan sebahagian besar identiti budaya dan tulisan orang Mandailing. Akhirnya semua itu tidak lagi merupakan warisan yang penting kepada orang Mandailing, sedangkan di Toba semuanya dipertahankan.

Salasilah atau torombo Raja-Raja Mandailing sama ada dari Marga Nasution atau Lubis tidak satu pun menunjukkan bahawa mereka berasal dari Toba atau Karo sebaliknya mereka adalah masing-masing berasal dari Minangkabau dan Bugis.

Penggunaan perkataan SIRAJA BATAK, apabila pangkalnya ditambah dengan perkataan 'SI' ianya menunjukkan kedudukan dan martabat orang yang rendah. Dalam istilah purbakala jika seseorang itu dari keturunan bangsawan ianya menggunakan panggilan pangkalnya 'SANG' umpamanya Sang Sapurba, Sang Adika, Sang Nila Utama dan sebagainya.

Binatang-binatang yang gagah juga dipanggil Sang Harimau, Sang Buaya, Sang Purba/ Gajah tetapi kepada binatang yang kecil dan lemah dipanggil Sikatak, Sicicak, Sikera dan sebagainya.

Begitu juga keadaannya dengan manusia yang lemah dan tidak mempunyai darjat lalu dipanggil Siluncai, Siawang, Sikodok, Sibuyung dan sebagainya.

Perbedaan ini jelas sekali apabila marga-marga di Tanah Batak menggunakan pangkal perkataannya dengan istilah 'SI' iaitu Sinambela, Simanjuntak, Sinaga, Siotang, Siregar dan sebagainya.

Marga-marga di Tanah Mandailing tidak satu pun menggunakan istilah pangkalnya dengan perkataan 'SI' contohnya Nasution, Lubis, Rangkuty, Batubara, Parinduri dan sebagainya.

Walaupun berbagai tafsiran dapat kita kemukakan, namun satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah kawasan Toba adalah tanah gersang. Tidak akan ada manusia primitif yang sengaja ingin ke sana untuk membuka penempatan. Manusia lazimnya mencari tanah yang subur untuk bercucuk tanam kerana itulah sumber kehidupan masyarakat dahulu kala.

Sifat dan sikap orang Batak adalah kasar, tidak teratur dan tidak dapat mengawal perasaannya. Ciri-ciri perwatakan mereka ini menunjukkan bahawa mereka memanglah terdiri dari manusia yang kurang sopan. Maka itu di Mandailing apabila anak mereka jahat atau bandel secara spontan mereka akan mengeluarkan istilah "Bataknya kau ini"

Istilah tersebut telah digunakan berkurun-kurun lamanya hinggakan masyarakat Mandailing telah lupa sejarah istilah tersebut merujuk kepada Siraja Batak yang derhaka kepada raja dan tidak mahu mengikut peraturan adat pada zaman dahulu kala.

Dari nama Siraja Batak itulah seluruh keturunannya dan juga keturunan Datu Ompung Dolom yang merupakan ketua segala hamba ataupun hatoban dipanggil "BATAK" iaitu orang-orang Batak.

Perlu ditegaskan bahawa perkataan "BATAK" bukanlah bermaksud ianya satu bangsa, tetapi sebaliknya ia adalah satu istilah yang digunakan oleh oang Mandailing untuk menunjukkan sikap seseorang yang tidak tahu adat dan peraturan, orang kasar dan tidak terkawal sikapnya. Ini juga menunjukkan tentang status dan kedudukan orang yang dimaksudkan itu rendah martabatnya. Namun pada masa sekarang, lantaran pengaruh Belanda di zaman penjajah begitu kuat maka istilah Batak/ orang Batak yang kebanyakannya Kristian telah diangkat mendiami Sumatera Utara iaitu di Tapanuli.

KEBANGKITAN BATAK
Di abad ke tigabelas tentera Majapahit telah menyerang Mandailing iaitu Kerajaan Mandala Holing yang berpusat di Pidoli. Dengan itu hancurlah kerajaan Mandala Holing dan pengaruh agama Hindu di Tapanuli Selatan.

Saki baki orang-orang Munda telah lari bertempiaran ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri masing-masing. Mereka yang tertawan telah dibawa sebagai hamba abdi.

Di akhir abad ke tigabelas saki baki tentera Mandala Holing telah dapat berkumpul dan bergaul dengan masyarakat peribumi di sekitar Aek Batang Gadis lalu mereka telah mewujudkan marga Poeloengan yang kemudiannya berjaya mendirikan tiga bagas godang mereka di atas tiga puncak gunung. Namun begitu kerajaan tersebut hanya merupakan kerajaan kampung sahaja.

Orang-orang Batak yang terbuang di Pulau Simosir telah dapat membangunkan semula adat kepercayaan mereka yang bergaul antara kepercayaan Hindu dan aninisme serta penyembahan roh-roh nenek moyang mereka. Pusat mereka ialah di Busut Puhit.

Kedatangan misi Kristian ke Tanah Batak telah mengubah keadaan hidup masyarakat orang Batak yang tidak mempunyai kepercayaan teguh kepada mana-mana agama. Kebanyakan mereka telah memeluk agama Kristian.

Setelah mereka menganut agama Kristian pihak penjajah Belanda membawa mereka ke alam pembelajaran, penulisan dan pembacaan. Oleh kerana pihak Belanda memerlukan tenaga kerja sebagai perantaraan penjajah dengan masyarakat peribumi maka orang-orang Batak yang telah diKristiankan ini menjadi pilihan utama untuk menjalankan dasar pecah dan perintah tersebut.

Orang Batak secara tidak langsung telah mendapat tempat di dalam setiap bidang pentadbiran Belanda. Kedudukan ekonomi dan status sosial mereka mulai meningkat.

Orang-orang Mandailing yang telah memeluk agama Islam sewaktu gerakan tenteri paderi yang dipimpin oleh Imam Bonjol dan pengikutnya menjadi golongan fanatik agama. Mereka menentang apa sahaja pembaharuan yang dibawa oleh Belanda.

Memandangkan adat istiadat nenek moyang mereka banyak yang bertentangan dengan agama Islam maka orang-orang Mandailing telah membuang adat resam mereka yang telah diamalkan sejak dahulu. Lama kelamaan dari segi adat budaya, tulisan dan pertuturan orang Mandailing mulai kehilangan keutuhannya.

Berbeda dengan orang Batak walaupun mereka telah memeluk agama Kristian mereka tetap berpegang teguh kepada adat resam dan budaya mereka. Sehingga sekarang orang Batak masih dapat bertahan dan terus mempertahankan adat budaya dan tulisan mereka.

Kekuatan dan ketahanan adat resam, budaya hidup, kesenian, tulisan dan bahasa Batak ini telah ditonjolkan oleh mereka dari zaman ke zaman sehinggalah mereka bangkit sebagai satu suku bangsa yang kuat dan utuh.

Seperkara lagi orang-orang Batak telah berjaya menghidupkan kegemilangan warisan sejarah mereka dari semua sudut, sama ada sejarah anthropologi, arkiologi atau sejarah patriotismenya.Sisingamangaraja telah ditonjolkan sebagai salah seorang pahlawan kebangsaan dari keturunan Batak. Malangnya orang-orang Mandailing telah gagal berbuat sedemikian hingga kesan mereka ke atas masyarakat Indonesia langsung tidak mempunyai signifikan.

Satu lagi contoh yang nyata ialah Batak Toba mempunyai contoh rumah adat mereka yang lengkap dan teratur. Begitu juga dengan Batak Karo dan Batak Simalingun semuanya mempunyai rumah adat yang terpelihara keasliannya. Rumah orang Mandailing tidak mempunyai rumah adat yang boleh ditonjolkan sebagai senibina yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Tulisan-tulisan Batak atau askara Batak masih lagi ditampilkan kepada umum bahkan dijadikan bahan antik dan unik kepada para pelancong. Dengan cara begini orang Batak telah mengekalkan ciri-ciri budaya mereka. Danau Toba pula telah meletakkan orang-orang Batak di peta dunia kerana pelancong dari seluruh pelusuk dunia terus menerus berjunjung ke sana. Malangnya sumber semula jadi di Tanah Mandailing tidak pernah digunakan bagi memperkukuhkan warisan budaya masyarakat Mandailing.

Ulos Batak pada masa kini menjadi buah tangan kepada pelancong yang melawat ke tempat-tempat mereka. Anehnya kain Tenunan Patani yang merupakan pakaian orang Mandailing itu sendiri sudah tidak ada. Jika ada pun ianya dalam simpanan orang-orang tua yang kini keadaannya terlalu usang dan reput. Rombongan kesenian ataupun kumpulan muzik orang-orang Batak kelihatan menjelajahi ke seluruh dunia sama ada di Asia Tenggara, Eropah ataupun Amerika. Suara mereka dan petikan gitar mereka telah memikat jutaan penonton dan pendengarnya. Mereka menjadi duta tidak rasmi dalam memperkenalkan suku kaum Batak ke seluruh dunia.

Buku-buku mengenai sejarah orang-orang Batak tidak putus-putus dicetak dalam berbagai-bagai bahasa dengan memperbesar-besarkan asal usul mereka. Ada yang mencatitkan bahawa suku Batak ini sudah wujud tiga ribu tahun yang lalu dan sebagainya. Sejarah asal usul orang Mandailing belum pernah dibukukan secara ilmiah dan tidak pernah diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain. Justeru itu siapakah yang akan tahu tentang orang Mandailing?

Kebangkitan orang Batak selepas penjajahan Belanda sangat ketara dan teratur. Misi Kristian telah menonjolkan kedudukan mereka di dalam masyarakat Indonesia dan mayarakat antarabangsa sehinggakan nama Mandailing tenggelam dan menjadi serpihan kepada suku kaum Batak. Hari ini mereka memperkenalkan orang Mandailing sebagai BATAK MANDAILING pada hal pada suatu ketika dahulu oang Mandailing adalah satu bangsa berasal dari Munda.

Bukankah sebenarnya Batak itu asalnya dari Tanah Mandailing yang menjadi serpihan dibuang ke tanah gersang terpencil di pergunungan. Agak aneh nama mereka yang didahulukan dan nama Mandailing telah dtenggelamkan.

Sekiranya kita melawat ke Simosir, kita dapati orang-orang Batak begitu bersungguh-sungguh cuba menghidupkan semula nilai budaya dan kesenian mereka. Jelas kelihatan rumah-rumah mereka dihiasi dengan 3 warna: putih, merah dan hitam sebagai lambang warna adat yang keramat.

Warna-warna tersebut adalah mewakili tiga benua yang menjadi kepercayaan orang Batak. Banua Ginjang, Banua Tonga dan Banua Toru. Ketiga-tiga benua ini pula dijaga oleh tiga dewa yang dikenali sebagai Manggala Bulan menjaga Banua Ginjang yang dilambangkan dengan warna putih. Dewa Soripoda mengawal Banua Tonga yang dilambangkan dengan warna merah. Betara Guru yang mengawal Banua Toru dilambangkan pula dengan warna hitam.

Dari segi ilmu perdatuan pula ketiga-tiga warna tersebut melambangkan darah putih, darah merah dan darah hitam yang terdapat di dalam tubuh badan kita.

Warna-warna putih, merah dan hitam kini menjadi warna adat dan keramat kepada orang Batak. Mereka juga percaya bahawa dunia ini dicipta oleh Mulajadi Na Bolon sebagai Dewata Raya yang maha berkuasa.

Dari sudut alat muzik orang Mandailing menggunakan Gordang Sembilan di dalam setiap upacara adat mereka. Orang-orang Batak pula menggunakan gendang tujuh atau gendang lima yang bersaiz kecil sahaja.

Bagi orang Batak angka tujuh dianggap sebagai angka sakti atau keramat yang mempunyai kuasa mistik. Segala sumpahan atau perdatuan, mereka menggunakan angka tujuh.

Orang Mandailing pula menganggap bahawa angka sembilan itu sebagai angka raja, angka terbesar dan yang hidup terus menerus. Angka tiga pula dianggap sebagai angka adat berdasarkan Dalian Na Tolu iaitu Mora, Kahanggi dan Anak Boru.

Orang Batak juga berpegang kepada adat budaya Dalian Na Tolu sepertimana orang Mandailing cuma tafsiran mereka sahaja yang berlainan mengenai erti Dalian Na Tolu tersebut. Bagi orang Batak Dalian Na Tolu itu ertinya tiga batu tungku yang digunakan untuk menanak nasi yang mana ianya saling bergantung antara satu sama lain. Pada dasarnya konsep Dalian NaTolu sama sahaja. Mereka mengasakan kepada Huta-Huta, Dongon Sabutuha dan Anak Boru.

Sama ada Mandailing atau Batak asas budaya Dalian Na Tolu itu adalah berpegang kepada peranan Mertua, Anak saudara dan Menantu. Ketiga-tiga elemen ini memerlukan antara satu sama lain bagi mewujudkan kesepakatan dan pergantungan sesuatu keluarga. Mereka percaya bahawa asas kebahagian dan kejayaan sesuatu keluarga tersebut adalah bergantung kuat atas kerjasama ketiga-tiga pihak tersebut.

Keluarga memainkan peranan utama di dalam pola kehidupan masyarakat Tapanuli sama ada Mandailing ataupun Batak. Mereka sangat membanggakan keluarga dan hidup berkeluargaan. Dalam hal nikah kahwin pula, biasanya dilakukan di antara sepupu mereka.

PENUTUP

Kesimpulannya asal usul orang-orang Batak adalah dari Tanah Mandailing berketurunan hamba dari Munda Holing. Hanya Siraja Batak sahaja dari keturunan bangsawan. Selainnya adalah dari keturunan Datu Ompung Dolom, Ketua segala hatoban.

Walaupun suku Batak ini dari Mandailing tetapi mereka adalah dari kasta yang rendah. Bentuk tubuh badannya agak kecil dan kepalanya kelihatan bebenjol di belakang berbeda dengan orang Mandailing yang lebih tinggi dan tegap, rambutnya ikal tidak kerinting halus seperti orang Batak asli.

Sifat orang Batak adalah kasar, tidak terkawal perasaannya.Suara mereka agak kuat. Dalam perbualan atau percakapan biasa pun nampak seolah-olah mereka sedang bertengkar.

Pembawaan mereka agak liar dan sentiasa suka bertengkar dan bergaduh mahupun sesama sendiri. Sikap seperti ini sangat jelas kelihatan di mana-mana juga mereka berada. Kelakuannya sembrono dan jarang sekali menghormati hak-hak orang lain.

Seperkara lagi orang Batak agak pengotor dan kurang berkemas kecuali mereka yang telah merantau ataupun telah maju di dalam kehidupannya.

Apa yang jelas ialah sifat dan sikap orang Batak itu tidak ada pada orang Mandailing. Kemungkinan besar ianya tertanam sejak dari nenek moyang mereka Datu Ompung Dolom ataupun disebabkan keadaan hidup yang tidak mengizinkan mereka berkelakuan lebih baik.

Walau bagaimanapun keadaan kini sudah banyak berubah. Mungkin alam sekelilingnya mempengaruhi perubahan itu atau kemajuan masyarakat setempat telah membawa perubahan tersebut. Namun begitu pada dasarnya sifat semula jadi ini masih juga dapat dikesan pada sesuatu masa tertentu.

Keaadaan masyarakat selepas merdeka telah banyak membawa pembaharuan Kehidupan dahulukala yang dibelenggu oleh adat mulai terhakis. Kahwin campur juga telah membawa banyak perubahan hidup dan cara hidup selain dari perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain serta pengaruh alam sekeliling. Pergaulan bebas di kota telah membawa pengertian hidup yang lebih luas bagi semua suku bangsa. Selain itu pelajaran telah dan pendidikan memainkan peranan penting mengubah sikap sesuatu suku bangsa itu.

Pada masa ini agak sukar untuk membedakan keaslian keturunan seseorang itu akibat percampuran hidup yang bebas di dalam negara merdeka ini.


Dipetik dari makalah Lembaga Adat mandailing Malaysia (LAMA) bertajuk:
ASAL USUL BATAK - Satu Ringkasan Legenda Asal Usul Keturunan Orang-Orang Batak Yang Tertumpu Di Pulau Simosir, Danau Toba (http://rahimtahir.tripod.com/id9.html)


28 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. satu kesaksian, begitu besar berkat yang diberikan Tuhan kita Yesus Kristus kepada orang Batak dimana orang yang dianggap rendah pada saat awalnya, tetapi karena percaya akan Tuhan Yesus akan Jususlamat manusia, orang Batak akhirnya ditinggikan sesuai apa yang tertulis di Alkitab, "Berbahagialah orang yang direndahkan, karena akan ditinggikan oleh Bapa di Surga.....

    ReplyDelete
  3. Bro yang dibawah gua tu(anonymous) dimaafin ya.. Ngga ada hubungannya dengan sporaditas agama kan. Kita hanya bercerita saja toh...... Kejut malah ngeliat komentar yang itu. Apologetis saya rasa.. Kemarin singgah dari Blog ku ya, dan emailnya kemarin dah keterima.

    Nah yang mau saya katakan, OKlah tinjauan sejarah, tapi kalau sampai bisa memecah belah saya jadi kuatir gitu. Saya rasa perlu polesan kata-kata, Batak itu maju dikarenakan pintar, tak peduli apa agamanya. Yang pasti mari kita ajarkan untuk hidup berkompetisi baik demi bangsa kita.
    Horas

    ReplyDelete
  4. so far, tulisan ini menggelitik di mata.
    kalau jadi makanan, tulisan ini bisa diberi nama sambal asam asin (pedas-mengejutkan-dan membuat panasss..) etnosentris dan subjektif.
    weleh..weleh..
    (gheeta)

    ReplyDelete
  5. horas...
    Bisa jadi benar bacaan yang di atas itu. yang jelas bukan orang toba yang mengawali kehidupan di nusantara ini karena dari segi geografi, daerah mereka di atas bukit (dolog = tidak sama artinya dengan dolok). berdasarkan keterangan yang juga pernah saya baca, keturunan mereka pun bisa jadi dari simalungun atau karo karena pada masa tertentu di sana terjadi wabah penyakit yang bisa dikatakan mengerikan. Dan bisa jadi juga karena sistem harajan dari asal mereka yang terlalu keras sehingga mereka ingin mengasingkan diri hingga sampai ke dolog dan lama kelamaan mereka melupakan ataupun membenci tempat asal mereka dan justru mereka mengklaim behwa mereka yang mengawali segal-glanya di nusantara ini.
    Buat yang beri komentar tolong dikatakan alasannya yang kuat. Jangan asal ngerocos aja tanpa literatur. dan hendaknya kita tidak bawa nama Tuhan di sini. Soalnya akupun kristen juga. kalau bisa kita hindarkan sifat keras kepala. Ok......
    By: Batang Hiou Harajan

    ReplyDelete
  6. wahai orang batak!!!
    jangan tertipu cerita di atas....
    ingat!!!literturnya berasal dari malaysia, bukan dari tanah batak.

    siapa yang mw dibilang budak??orang batak bukan budak dari mandailing, tapi setau q, orang batak itu keturunan raja yang mewarisi ilmu.sehingga pande berjuang hidup.
    sedangkan mandailing itu keturunan raja yang mewarisi harta.makanya kita berbeda dari segi kelasnya.

    jika dilihat,kenapa orang mandailing g mempertahankan adatnya? itu karena sifatnya yang sombong karena memiliki banyak harta.
    berbeda dengan orang batak yang mewarisi ilmu dan mw g mw harus memakai ilmu untuk mempertahankan hidupnya.

    ini g ada hubungannya juga dengan agama!!! otre.....

    pikirkan baek2 kawan q....



    wasalam.....



    by:jo sitorus

    ReplyDelete
  7. Untuk -teman yang membaca cerita diatas.., jangan percaya akan tulisannya. Dia itu cuma orang bodoh yang berceloteh sesuka hatinya. Dia orang yang tak tau sejarah budayanya. Yang kayak gini-nih (Biasanya orang Mandailing malu ngaku sebagai Batak), yang malu-maluin. Klau mau tau Sejarah Cerita Batak Hub kamtojuntak@ymail.com. Nanti biar aq Bantu meluruskan cerita tentang sejarah kita (Sejarah Batak). Dan untuk Kamu yang nulis cerita diatas : Kalau pengetahuan tentang sejarah Batakmu dangkal, lebih bagus kamu kalem-kalem aja, gak usah sok cerita dah loe, otakmu busuk tau.

    ReplyDelete
  8. Yang benar aja, bukan sebaliknya. he, he, he, masak kalau orang mandailing adalah pusat kerajaan orang batak tang notabene adalah keturunan bangsawan darah birunya orang batak, pasti meninggalkan bekas, sejarah , tulisan dan sebagainya. masak hanya karena pengaruh ajaran agama islam lantas semua bukti bukti sejarah peninggalan nenekmoyang hilang tanpa bekas????. sauadara kala mau cerita dongeng boleh boleh saja, tapi kalau mau tulis harus punya bukti identik atau setidaktidaknya masih asa sisa peninggalan sejarah nenek moyang kerjaan mandailing. bukannya, orang maindailing sebagian kelompok dari orang batak yang merantau ke mandailing????? you can write what ever you mant to write but be professional OK. Walaupun demikian anda penulis tetap orang Batak. Batak apapun tapi tetap Batak. sekali Batak tetap Batak. Yang pasti orang mandailing tidak bisa menghilangkan batak dari darah mereka karena semua orang mandailing adalah orang batak yang batak mandailing. ha,ha,ha,ha,ha,
    dari orang batak di Belanda

    ReplyDelete
  9. Yang merasairinya org Batak apa arti kata TOBA itu sebenarnya berasal dari bahasa apa

    ReplyDelete
  10. Buat penulis :

    "Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan"

    Anda adalah orang yg rendah, bahkan lahir tanpa sebab [aneh]..jadi janganlah menulis sesuatu yg tidak anda ketahui secara pasti apalagi tidak ada bukti otentik. Sedikit saya mengajarkan ada tentang sejarah Bangso Batak, sejarah sekarang asalnya adalah sejarah sebelumnya, pertama coba anda pelajari dahulu silsilah orang India yang anda sebut Munda ini, kalo dilihat dari garis keturunan di india bahwa wanita lah yang mempersunting pria seperti yg ada di padang yang artinya wanitalah yg dicatat dalam garis keturunan, dan ini tidak ada korelasi dengan adat Mandailing yang ada katakan [CATAT] Kedua tidak ada kesamaan bahkan kemiripan dari warna kulit [CATAT] ketiga tidak ada kesamaan bahkan kemiripan jenis musik adat, tulisan atau aksara, pakaian adat, dan konstruksi bagunan, betuk pemakanan [kuburan], upacara adat apalagi bahasa dan satu lagi tidak ada bukti fisik peninggalan sejarah datangnya orang Munda yg anda katakan bangsa yang kemudian bejaya ke sumatra [CATAT]
    Kesimpulan
    Bangso Batak sudah ada di tanah Toba jauh sebelum bangsa lain datang ke Tanah Batak, ini bisa anda lihat di Pulau Samosir, dari berbagai peninggalan pra sejarah yang usianya sudah ber puluh abad masih kokoh berdiri disana. Kalau kita selidiki di Tapanuli Selatan [red. Mandailing] tidak ada di temukan bukti seperti ini. Jadi coba anda kaji lagi lebih dalam dan coba bedakan mana cerita dan mana sejarah apa lagi anda sendiri tidak punya asal usul jadi cuma ber "Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan" [red. kutipan awal]..

    horas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar kemungkinan yang diatas itu betul. Karena ada suku di india yang adatnya sama dengan batak termasuk kain ulosnya. Seharusnya pemerintah pemerintah kab. Di tapanuli melakukan penelitian disana. Jadi lae pada prinsipnya ada info seperti ini ditelaah dulu jangan langsung ditolak lae.

      Delete
  11. Hahahha...saking hebatnya batak toba sampe sampe ada orang2 tertentu yg coba membuat cerita kalo kasta batak toba itu rendah.
    Asal tau aja, suku batak toba itu (tanpa melihat agama) adalah suku yang paling cerdas di antara suku suku yang ada di indonesia. Percaya atau tidak itu terserah. Liat aja lah kenyataan:)

    ReplyDelete
  12. Batak karonya mana..emangnya batak mandailing dan batak toba saja yang ada..batak lain mana..

    mejuah juah............

    ReplyDelete
  13. wah,..,gawat nih dari mn smbr tulisan anda ini lari dari kenyataan....ko kita ga mirip ya sama orang india? ko dominan Filifina? bhs kita bhkan kmpng yg pke bhs batak masih ada di sana,.,,buat @anymous jgn memprovokasi mengkaitkan Tuhan Org batak beragam agama,,Muslim juga ada org batak..

    ReplyDelete
  14. q orng batak tapi mang lagi nyari literatur tentang batak toba...jgn cuman melihat dari satu sejarah tapi harus banyak..klo mang ernai nulis buku...

    ReplyDelete
  15. kalaupun itu benar tidak masalah, yg penting sekarang adalah suku batak termasuk yg diperhitungkan, dan lebih populer.Kita tdk boleh terlalu emosi, dia sengaja menciptakan ini utk memprovokasi, dan itulah aslinya mereka.

    ReplyDelete
  16. ingat kawan bahwa di taiwan pun ada sebutan batak dan pilipina, dan saat sumpah pemuda sdh ada sebutan batak oleh amir safrudin harahap, yang nota bene asal mandailing, dengan tegas disebut jong batak, bukan jong mandailing.saat ini memang banyak yg tidak senang terhadap suku batak, bahkan ada yang mengadu domba,

    ReplyDelete
  17. cerita diatas sengaja diputar balikkan dengan tujuan tertentu walau sebagian isinya mengandung kebenaran. Penulis uraian tersebut juga bukanlah orang nusantara' melainkan dari kelompok orang yg selalu ingin merebut nusantara ini, termasuk merebut lagu pop indonesia, mengklaim batik berasal dari negerinya, penganiaya TKI di negerinya, tukang curi ikan di perbatasan sumatera yg sebentar lagi kepulauan RIAU bakal mereka bilang masuk ke perbatasan negerinya. Jadi buat saudaraku semua' kita jangan melihat uraian diatas hanya dari segi suku kita saja, tapi kita lihatlah dari sisi umum tujuannya. Klo sekiranya uraian tersebut berasal dari penjajah negeri ini' mungkin kita masih bisa menerima kebenarannya secara keseluruhan mengingat banyaknya benda2 bersejarah mereka bawa kenegerinya saat penjajahan dulu. Jadi sesama pembaca(khususnya semua suku batak) jangan terprovokasi dengan isi uraian diatas.

    ReplyDelete
  18. Saya hanya meluruskan sejarah, dan bukti sejarah, batak yang kamu sebut berasal dari mandailing itu salah..... anda membuat karangan bodoh yang menyudutkan dirimu sendiri. marga siregar dan maga lainnya sebelum ke mandailing itu dulunya di kampung saya, tempat yang diapit dua gunung mereka dulu tinggal diatas barus. tempat persinggahan orang batak untuk menggambil garam dari barus. dan di tempat itu hanya ada dua jalan yaitu jalan ke angkola dan ke julu dari sanalah unpama batak yang menyebutkan "takkas jalan ke julu untakkasan dalan tu angkola." Disana mereka tinggal ,suatu hari ada seorang anaknya yang di makan ikan maka mereka pindah ke mandailing melalui sipirok. sampai sekarang keturunan yang mengerti sejarah itu masih dapat mendengar dari sipirok suara dari sungaiitu dam mereka
    dulunya membuat sesajen. Di kampung saya ada juga bukti sejarah masuknya orang dari india ke tanah batak. mereka membawa agama hindu.. itu terbukti adanya gua yang mirip seperti candi dan batu yang berukiran kebau,kampak dari batu dll,dan sekarang masih ada yang menyimpan. mereka itu memang bukan batak .mungkin keturunan itulah anda. Aku mau bertanya kepada anda Berapakah tangga rumah dari garis keturunan anda dari dulunya? apakah genap atau ganjil? jiga ganjil berati raja , dan jika genap berarti hatoban , ini kau jawab secara jujur dalam hatimu siapa anda sebenarnya.
    horas..............majuah-juah.....jahowu...ahoi

    ReplyDelete
  19. darimana dapat cerita ini bos...Dak terima aq bos klu marga yang berawalan Si adalah orang yang hina dan tak bermartabat..Coba diralat lagi ceritamu ini.

    ReplyDelete
  20. apa bila kita ingin mengetahi asalusul orang batak dari mana girangan.kita tinggalkan dulu cerita yg berbau mitos itu,yang menyatakan orang batak asal usulnya dari pusuk buhit sianjur mula-mula.karena orang eropa menyatakan bahwa umur orang batak sudah hampir 3000 sd 4000 tahun.sementara gunung Toba itu adalah gunung berapi.dan meletus pada sekitar tahun 70 sebelum masihi.Atau 2070 tahun yg lalu,dgn kejadian itu disebut orang batak masa kegelapan pertama orang batak.Dan ada disebut masa kegelapan ke dua orang batak yaitu semasa meletusnya gunung toba ke dua kali yaitu sekitar pada tahun 1040 sesudah masehi.Itulah menyebabkan terjadi sebuah kawah besar yang disebut danau toba sekarang.
    Dapat anda bayangkan hampir radius 100 km.lebih peradapan manusia pada saat itu punah akibat dari letusan lahar merapi itu.mengakibatkan bukti2 sejarah perdapan orang batak banyak yang hilang.Kalau lah di atas bukit toba itu atau di pucuk buhit toba itu orang batak diam dan bertempat tinggal,apakah mungkin.tetapi bila dikaki bukit toba itu masuk akal.

    Apakah arti Batak itu,kepentingan apa orang batak mendatangin pulau sumatera?

    Akan di jawab setelah ada tanggapan tulisan di atas dari rekan2 orang batak yg masih perduli akan sejarah asal usul orang batak.
    dari rekan2 orang batak yg masih perduli akan sejarah

    ReplyDelete
  21. Tanah batak dulu adalah tanah yg sangat subur karena terletak dikaki gunung berapi yaitu gunung Toba.bisa saja mandailing itu bukan ketunan langsung dari Mangaraja Batak.Karena memang tidak semua keturunan orang batak adalah se ibu se bapak.Suai adat nenek moyang orang batak dulu sebelum ada adat dalihan natolu.Yaitu yang disebut adat.TUHO PARNGOLUON NI BATAK.Jadi banyak orang2 atau suku lain yang di adopsi atau yang mengikut adat batak.siapakah orang batak atau bangsa batak itu yang sebenarnya?Bangsa batak adalah bangsa yang memakai bahasa batak tulisan batak adat batak,tempat tinggal tanah batak dan bemarga marga batak.
    Dan siapakah yang di sebut orang batak dulu yang bukan orang batak atau batak MALAI adalah mereka yang di hukum usir dari pusat tanah batak yang tidak malaksanakan Hukum Partukkoan,kawin melanggar adat,kawin dengan orang asing suami atau isteri tidak barsedia memakai marga batak,tidak mengakui agama .MULAJADI NABOLON.Hal ini dapat kita buktikan dengan arti kata MA_LAI yg artinya jadi dauk_dauk sehingga tidak dapat di pergunakan.Contoh ekor ayam jago yang melengkung menyapu tanah disebut bahasa bataknya LAILAI.

    Alkisah,setelah Mangaraja,mangaraja Batak selesai melakukan partukkoan di SAMON yaitu di pusuk buhit sekarang.Hasil keputusan partukkoan itu perlu di sampaikan kepada para pomparannya agar tetap mempertahankan adat,yaitu adat dalihan na tolu dari pengaruh sileban yang di keluhkan orang batak yang bertempat tinggal jauh dari pusat tanah batak di Toba yang sudah mulai di datangi bangsa asing.Guru Tatea Bulan mengadakan perjalanan ke arah selatan tanah batak.Di dalam perjalanan dia bertemu dgn seorang ibu bersama suaminya orang Hindustan yang membuat marganya melalui garis keturunan ibu,namnya Siboru Tuan Inang yang dulu di usir karena kawin dengan seorang pembantunya.Siboru Tuan Inang ingin balas dendam kepada Tatea Bulan,tetapi tatea bulan tidak meladeninya kejadian ini menjadi legenda di daerah yang di sebut Daerah Minang Kabau.Kemudian guru tatea bulan menjelaskan kepada orang batak yang di jumpainya tentang adat batak,dan menceritakan siapa sebenarnya siboru tuan inang.Dalam perjalanan Tatea Bulan melihat satu kampung menumbuk daun-daunan dan di tanya untuk apa itu,di jawab katanya untuk PULI ,daun itu adakah daun TADATADA ke gunaannya untuk mengawetkan mayat.Dan Tatea Bulan pun meminta bibitnya untuk di tanam maka di tanamlah tanaman tadatada itu di tanah batak toba. sejak itulah timbul satu UMPASA.SADA MANUAN TADATADA,SUDE NAMPUNA PULI.SAHALAK MANDOK HATA SUDE NAMPUNA ULI. Emma tutu,tutuhian Ipaaarrr.

    ReplyDelete
  22. Didalam kehidupan sosial atau budaya batak,sejak ada Bangsa batak di dunia ini.Tidak kerajaan atau raja tidak ada,di Indonesia atau di dunia ini hanya bangsa batak lah yang menganut DEMOKRASI LIBERAL MURNI.Yang ke dua tapi tidak murni adalah Indian Amerika.Di luar itu semua bangsa,semua suku diatur oleh peraturan yang di buat oleh penguasa yang memerintah.Jadi kehidupan orang batak rasa kebersamaannya bukan di ikat karena rasa kebersamaan komunal,bukan kebersamaan Agama,bukan kebersamaan aliran atau isme.Tetapi kebersamaan yang di atur hukum-hukum dari aturan yang di lindungi sistim demokrasi demokrasi liberal dalam marga dan adat melalui TUHO PARNGOLUON,RUHUT NI ADAT,PODA NI UHUM dan PANGALAHO NI PADAN.Dan tidak ada Raja atau sistim kerajaan di tanah batak.Kalaupun Raja Sisingamangaraja ke12 menobatkan dirinya menjadi raja.Itu adalah Raja MALIM yaitu suatu kepercayaan dari Mesir.Dan yang melanggar sistim ini hukumannya di buang ke harangan,dan disebut malai,orang-orang inilah atau kelompok inilah yang kebanyakan merasa atau menanamkan dendam ke pada bangsa batak.



    gelar yang ada pada orang batak atau bangsa batak dulu adalah:
    1.Gelar yang di berikan karena mempunyai ke dudukan mewkili masyarakatnya di sebut MANARAJA atauMANGARAJA.2.Gelar yg di peroleh karena mengikuti pendidikan disebut PATUAN,GURU dan DATU (bukan dukun) 3.Gelar yg di berikan karena keahlian dari yang di pelajarinya sendiri,atau temuannya sendiri di sebut OMPU,bahasa sangsekertanya EMPU.4.Gelar pengetahuannya tentang agama di sebut ENG atau IANG.Itulah sebab di dalam bibel berbahasa batak mengatakan berdoa MARTAMIANG.
    Orang yang kerjanhya hanya menyalah,tidak berguna dan selalu dalam ejekan di sebut RAJA.Kata Raja dalam bahasa batak adalah untuk ejekan karena ada orang yang menyatakan dirinya Raja sedang dalam kehidupan orang batak tidak dikenal sistim raja.
    Pada umumnya adanya sistim kerajaan yang ada di bumi nusantara ini dulu adalah pengaruh dari kerajaan_kerajaan luar umumnya kerajaan mesir yang selalu membawa adanya kekuatan_kekuatan mitis atau antologis, seperti jaman ke hidupan purba dulu.Dan mulai dari pada itulah bangsa batak atau tanah batak rusak,karena telah terjadi perbudakan,sistim perkawinan sex atau selir,dan kedukunan,Pangulubalang,dan kanibal.Adanya istilah begu ganjang,Tuyul pun terjadinya pada jaman itu yaitu pada saat datangnya kepercayaan Malim atau parmalim dari tanah Mesir.

    ReplyDelete
  23. Bro ... klo mau nulis blog jangan saduran 100 persen dong ... ckckckckckk ... saya tau, isi blog ini anda sadur dari sebuah blog milik orang negeri jiran (Malaysia / MalingSia). Saya juga penulis blog, cuma spesifik blog saya tentang science.Tapi anda juga harus tau, masa orang Malaysia lebih tau sejarah orang Batak daripada orang Indonesia umumnya, orang Batak khususnya. ngga masuk akal kan ... !? Di sini lah kita harus waspada, si penulis pingin memutarbalikkan fakta.Dan anda harus tau bahwa itu ada unsur politisnya. Tapanuli pingin menjadi propinsi tersendiri yang kebetulan mayoritas wilayah geografis dan penduduknya mayoritas orang batak Toba maka merekapun (mandailing) dengan ciri karakterirstik aslinya komunitas orang - orang pencemburu membuat mereka juga ingin menjadi propinsi tersendiri. Makanya bro .. hati -hati klo membaca atau menyadur sebuah artikel ya ...! :-). Saya sendiri notabene orang dari pulau Jawa yakin bahwa asal muasal suku Batak berasal dari pulau Samosir.Kami para penulis blog tentang science masih berdebat tentang "Apakah nenek moyang suku Batak turunan campuran antara manusia dan dewa ( makhluk asing dari dunia lain / planet lain )" alasannya karena Legenda yang mengatakan bahwa nenek moyang mereka diturunkan di Pusuk Buhit dan bukti peninggalannya bisa ditemukan yaitu Batu Hobon.Malah kami di sini beranggapan bahwa suku Batak itu salah satu suku istimewa di Indonesia seperti halnya suku Sunda yang kami anggap nenek moyang suku Sunda campuran antara manusia dan dewa( makhluk asing dari dunia lain / planet lain) alasannya karna tempat orang Sunda di sebut Parahyangan (tempat para dewa) dan buktinya ada bebrapa di temukan meskipun semua itu tidak mutlak dan sahih.Karena semua penemuan sejarah tidak bisa dibuktikan secara mutlak sebab tidak ada saksi hidup akan tetapi dapat memberikan argumen secara logika.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  25. . ini adalah sebuah tantangan bagi orang batak utk lebih fight memcari dan mengumpulkan bukti bukti sejarah serta litratur untuk diadu dengan argumen penulis blok diatas. terus terang saya senang dengan tulisan itu, karena selaku batak masih banyak yg kurang saya ketsahui tentang batak sehingga mendorong saya utk lebih mendalami tentang batak. dan dengan tuliusan itu, saya mendapat masukan yg sangat berhargaa tentang batak melalui tanggapan pembaca. Contohnya mengenai anak tangga. seingat saya pernah suatu waktu ompung saya membuat gubuk untuk didiami di ladang. Dan pas waktu masang tangga beliau menganjurkan tukang utk buat anak tangganya 5. Saat itu tdk terpikir bagi saya bertanya kenapa harus lima, karena saya masih kanak kanak dan banyak hal lain.

    ReplyDelete
  26. tanggapan lain saya tentang tulisan di atas; 1) Saya pernah mendengar orang Padang (pemilik rumah makan dekat simpang 4 titi tol tembung) berkomentar bahwa kata mandailing berasal dari kata mandenailang artinya ibu yang hilang. Dimana menurut bapak itu dulunya ada ibu pemuka adat orang padang (Minang) yang hilang diprjalanan antara p.sidimpuan dan panyabungan. sehingga nama wilayah (luat) itu disebutlah mandeinahilang atau mandailing. 2). hal lain mengatakan bahwa disekitaran Rantau Prapat dan gunungtua pd sekitaran tahun 4-500 tahun yg lalu wilayah tersebut dihuni oleh orang-orang yang datang dari India dan semua mereka berkulit hitam (keling). Sehingga daerah/wilayah itu disebut Banua Holing (negerinya orang keliang). Betul tidaknya cerita-cerita di atas memang perlu dibuktikan melalui literatur atau fakta sejarah. Hayo..... mari kita cari tahu bukti-bukti tersebut....

    ReplyDelete

SARAN DAN KRITIK